Tuesday, January 19, 2010

::::::~>saMa-saMa BerKonGsi 3<~::::::

salam semua
hari ni ada 1 perkongsian yang hendak diceritakan
cerita ni sudah 3hari yang lalu
semasa perjalanan ke kuliah di Taman Bernam
1 peristiwa yang menyedihkan bagi diri ini
dan
pristiwa tersebut mengingatkan semula kenangan
ketika zaman persekolahan dahulu
sangat menyentuh hati
ketika turun dari bas dan berjalan menuju Taman Bernam
ternampak seorang pak cik yang sangat uzur dan daif sekali
sedang mengusung motosikal usangnya
dimana terdapat seorang kanak-kanak di atas motosikal tersebut
yang mengalirkan air mata
anak pak cik tersebut mungkin
sayu sangat melihat kanak-kanak tersebut mengalirkan air mata
malukah kanak-kanak tersebut
terhadap kami semua????
mungkin dia malu
dengan keadaan motosikal ayahnya yang uzur??
mungkin dia takut sampai lewat
ke kelas fardhu ain??
adik....jangan la menangis
usap air matamu
janglah malu kepada kami
kasihani la ayahmu
bukan ayahmu meminta semua itu terjadi
apa yang dilalui oleh mu adik
telah pernah dilalui oleh diri ini
Allah SWT maha mengasihani umatnya
sebuah Van Kanan-kanak yang menuju ke destinasi yang sama berhenti
cuba memberi pertolongan yang mampu
akhirnya...
engkau telah dijemput naik bersama-sama
setelah dipohon oleh ayahmu
selepas engkau berlalu
ayahmu seorang diri mengusung motosikal usang tersebut
seorang diri
mungkin ayahmu tidak mampu untuk membaiki motosikal tersebut
namun apa yang diharapkan diri ini
agar pak cik tersebut selamat pulang ke rumahnya
tanpa sebarang kecelakaan
AMIN

No comments:

Post a Comment