Sunday, March 14, 2010

::::::~>saMa-saMa BerKonGsi 6<~::::::

PERINGKAT ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SAHABAT

Oleh kerana orang yang bersahabat itu tidak sama satu sama lain di dalam menunaikan tanggungjawab terhadap sahabatnya, justeru itu bersahabat itu ada beberapa peringkat:

1. Golongan orang soleh

Iaitu seseorang sahabat terhadap sahabatnya sekadar dapat memberi tanggungjawabnya kepada sahabatnya apabila diminta. Apabila sahabat itu memerlukan sesuatu, kalau dia tahu, (sama ada dia tahu sendiri atau sahabatnya memberitahu atau ada orang lain memberitahu) dia akan membantunya. Dengan kata-kata yang lain dia akan membantu, memberi, menolong sahabatnya di waktu sahabatnya memerlukan bantuannya.

2. Golongan muqarrabin

Iaitu seorang sahabat dapat memberi tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu sama banyak atau dibahagi dua.

3. Golongan siddiqin

Iaitu seseorang itu lebih mengutamakan sahabatnya daripada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan ayat Al Quran:

Maksudnya: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, dia sanggup membahayakan dirinya demi keselamatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu."

Dalam setiap hal dan keadaan, dia mesti mengutamakan sahabatnya lebih dahulu daripada dirinya sendiri. Sebagai contoh, kalau di dalam masa yang sama dia dan sahabatnya sama-sama memerlukan duit, maka duit itu akan diberi kepada sahabatnya. Kalau dia memerlukan kenderaan, sahabatnya juga memerlukan kenderaan, maka kenderaan itu akan diberi kepada sahabatnya. Kalau ada makan minum, di waktu itu dia memerlukannya, sahabatnya juga memerlukan, maka makan minum itu akan diberi kepada sahabatnya.

Golongan ini lebih menyayangi sahabatnya daripada diri sendiri. Kalau dua orang yang berkawan tidak termasuk di dalam salah satu sifat daripada tiga peringkat atau kategori golongan tadi, dua orang tadi belum boleh dianggap sebagai orang yang bersahabat. Hanya sebagai kenalan atau kawan biasa sahaja. Belum boleh lagi dipanggil sahabat mengikut ukuran Islam.

Tuesday, March 9, 2010

::::::~>saMa-saMa BerKonGsi 5<~::::::

cerita yang sudah basi...
sebelum pergi program
MOTIVASI PENGGERAK KECEMERLANGAN
sangat busy pergi pin Master
print n liminated bagai
utk prgram y bkal djalankan
di SEk.Men.Tek. Taiping

19 FEb 2010


sebgai Ajk publisiti
cba sdya upya mgambil tanggungjawab
utk myiapkan name tag para fasi sbnyak 20pcs
n myiapkan 120 pcs penanda buku
nak ksi kat budak2 teknik 2
sbgai sourvnr

mmandang bjet xckup
xde nye hamper2
jgan lbih dr RM 50...
hehehe


neh ha pnanda buku kat bdak2 2 tp print ats krtas warna


neh ha nme tag korang2 smua fasi



tp 2 xlgkap xltak lencana sek...ngn uPsi
sorry bebanyak la weh
klu sgt 2 hodoh...


pnya la lmbat nk tnggu
print out kaler 2 dkt 20 mnt gak la
kuar g sna kol 4 ....kol 5.30 bru kuar dr si2
sgt2 lama
hehe


ak mmg sgt2 x kreatip
tgn keras.....otak keras...hahaha
2jela hasilnye y trmampu



Tuesday, January 19, 2010

::::::~>saMa-saMa BerKonGsi 3<~::::::

salam semua
hari ni ada 1 perkongsian yang hendak diceritakan
cerita ni sudah 3hari yang lalu
semasa perjalanan ke kuliah di Taman Bernam
1 peristiwa yang menyedihkan bagi diri ini
dan
pristiwa tersebut mengingatkan semula kenangan
ketika zaman persekolahan dahulu
sangat menyentuh hati
ketika turun dari bas dan berjalan menuju Taman Bernam
ternampak seorang pak cik yang sangat uzur dan daif sekali
sedang mengusung motosikal usangnya
dimana terdapat seorang kanak-kanak di atas motosikal tersebut
yang mengalirkan air mata
anak pak cik tersebut mungkin
sayu sangat melihat kanak-kanak tersebut mengalirkan air mata
malukah kanak-kanak tersebut
terhadap kami semua????
mungkin dia malu
dengan keadaan motosikal ayahnya yang uzur??
mungkin dia takut sampai lewat
ke kelas fardhu ain??
adik....jangan la menangis
usap air matamu
janglah malu kepada kami
kasihani la ayahmu
bukan ayahmu meminta semua itu terjadi
apa yang dilalui oleh mu adik
telah pernah dilalui oleh diri ini
Allah SWT maha mengasihani umatnya
sebuah Van Kanan-kanak yang menuju ke destinasi yang sama berhenti
cuba memberi pertolongan yang mampu
akhirnya...
engkau telah dijemput naik bersama-sama
setelah dipohon oleh ayahmu
selepas engkau berlalu
ayahmu seorang diri mengusung motosikal usang tersebut
seorang diri
mungkin ayahmu tidak mampu untuk membaiki motosikal tersebut
namun apa yang diharapkan diri ini
agar pak cik tersebut selamat pulang ke rumahnya
tanpa sebarang kecelakaan
AMIN

Saturday, January 16, 2010

::::::~>saMa-saMa BerKonGsi 2<~::::::

kredit pic 2 here



cantik alam ciptaan tuhan
sampai bila kecantikan ini boleh dirasai lagi
ermmmm


sejak kejadian kemalangan
pelajar2 UPSI y meninggal dunia
beberapa hari lalu

timbul keinsafan dalam diri ini
mudahnya mereka pergi begitu sahaja
bila pula masa untuk diri ini ????


ya ALLAH


berikanlah diri ini kesempatan
untuk berjasa pada mak dan ayah

aku pohon pada mu Ya Allah..

Friday, January 8, 2010

::::::~>saMa-saMa BerKonGsi 1<~::::::

salam buat semua ...
entry kali ini adalah perkongsian pertama
kiranya pembukaan tirai blog ini
terima kasih buat En.Aziz
yang telah memberi peluang kepada saya dan kawan2 yang lain
menghasilkan blog ilmiah ini
sebagai persediaan sebagai bakal kaunselor
setelah grad nanti
insyaAllah
blog ini akan dihiasi dengan maklumat-maklumat
yang dapat mmbantu sesiapa sahaja
yang membacanya